Monday, January 12, 2009

Notis Maaf...

Salam sejahtera...

Para pembaca blog yang dihormati...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Asean University Games (AUG atau SUA 2008) yang dikendalikan oleh krew MCP-AUG. Krew MCP-AUG adalah sekumpulan tenaga kerja yang terlibat untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Universiti Asean yang telah pun berlangsung sepanjang Disember tahun lalu. Blog ini diwujudkan sebagai medium kepada hasil kerja krew MCP-AUG untuk tatapan kenangan semua dan dikongsi bersama. Matlamat lain blog ini diwujudkan adalah supaya dapat menjadi saluran umum bagi para sukarelawan yang terlibat mahupun para pembaca budiman memuat turun sebarang bahan berbentuk media - gambar, video, buletin serta lagu-lagu tema persembahan semasa penganjuran Sukan Universiti Asean.

Namun begitu, kami pihak krew MCP-AUG ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku yang mengakibatkan blog ini masih dalam pembikinan dan belum dapat diselenggara dalam masa terdekat ini, atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi melapangkan masa mengunjungi blog ini. Sebarang entri terbaru dan pembaharuan untuk blog ini akan diusahakan secepat mungkin. Diharapkan anda semua bersabar dan terus menyokong blog ini. Sokongan anda amat bermakna buat kami.

Terima kasih.


Krew MCP-AUG...